Gambar: Syeik Hisyamuddin Al-Jaelani memberikan Kain Kiswah
penutup Makam Syeikh Abdul Qodir Al-Jaelani qs.kepada PP.Suryalaya
yang diwakili oleh Pangersa Ummi untuk menerimanya dan segenap keluarga Pangersa Abah Anom ra.
Salah satu karomah Abah yang tidak terduga ialah Pondok Pesantren Suryalaya telah
menjadi semacam 'Mekah' bagi seluruh penganut Thoriqah Qodiriyah sedunia. Seolah-olah tidak sempurna amalan seseorang pengamal thoriqah Qodiriyah ketika ini jika dia mampu untuk menziarahi Pondok Pesantren Suryalaya tetapi tidak menziarahinya.
Sheikh Hasyimuddin Al-Geylani ( adik Sheikh Afeefuddin Al-Geylani ) ketika menziarahi Pondok Pesantren Suryalaya pada 12 Okt 2012. Beliau mengunjungi Suryalaya bukan atas undangan dan tidak diketahui maksudnya kesana, tetapi yang jelas beliau yang bertugas sebagai penjaga Maqam Sultanul Auliya di Baghdad, Iraq , juga sebagai mursyid Thoriqah Qodiriyah berkata kepada pengemban Amanah Pondok Pesantren Suryalaya- Kiyai Zainal Abidin : Tempat ini sudah menjadi 'Mekah' bagi seluruh pengamal Qodiriyah seluruh dunia'. Wal Allahu a'lam.
Sheikh Hasyimuddin datang ke Suryalaya bersama Hj Dahlan Iskan yang menjawat sebagai Menteri BUMN.(Untuk foto-foto kunjungan beliau berdua ke Suryalaya anda dapat melihatnya disini )
Rupa-rupanya hakikat perjalanan hidup Abah Anom benar-benar seperti Rasulullah s.a.w bukan sahaja dari sudut akhlak sahaja tetapi perjalanan hidup , pergolakkan cabarannya (tantangannya), zaman yang di hadapi, perjuangan dan hasil perjuangan semuanya hampir sama.
Bermula dengan namanya Ahmad di mana bapanya Abdullah, zaman era ' Mekah yang banyak hadapi tantangan kaum Quraish Jahiliyah' sama dengan era Godebag yang banyak hadapi gerombolan komunis cara gerila, zaman itu Baginda s.a.w dapat kesejukan bersama isteri tercinta iaitu Siti Khadijah r.a dan Abah juga teraman bersama isterinya Ibu Uwis almarhumah.
Kemudian perjuangan makin tertingkat dengan era baru era Madinah bersama Siti Aisyah yang bistari, begitu juga apabila era Godebag berlalu dengan kewafatan Ibu Uwis nama Suryalaya menjulang, Abah mula bernikah dengan Ummi dan banyak bersama Ummi yang sangat cekap.
Apabila Baginda wafat di Madinah, Baginda meninggalkan untuk kita ajaran,†sahabat terdekat,para ulama sebagai pakar rujuk dalam agama serta Siti Aisyahdi mana Baginda pernah bersabda : 'Ambilllah ajaran agamamu dari Aisyah ini ', begitu pula apabila Abah wafat di Suryalaya beliau meninggalkan untuk kitaamalan,para wakil talqin, 1000 lebih para kiyai dan para mubaligh TQNdan jugaUmmisebagai rujukan terkuat dalam apa sahaja urusan TQN...masya Allah...ini belum lagi menyenaraikan peristiwa peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi,..yang juga berlaku dengan kejadian yang hampir sama pada zaman Abah...satu kebetulan yang teratur ? atau penunjukkan dari yang Maha Mengatur ?
Wss : Pemuda Suryalaya |
Dikunjungi
Wednesday, 18 September 2013
MEKAHNYA PENGAMAL THAREKAT QODARIYAH WA NAQSABANDIYAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment